fbpx

Penjaja diberi lokasi baharu kesan pelaksanaan sistem penyuraian trafik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani ketika bercakap pada sidang akhbar berkenaan penyuraian trafik laluan sehala Tapah di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Kerajaan negeri Perak sudah mengenal pasti lokasi baharu buat peniaga yang terkesan akibat pelaksanaan sistem penyuraian trafik laluan sehala di pekan Tapah.

Lokasi tersebut ialah kawasan lapang berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah yang selama ini merupakan tempat meletakkan kenderaan kemalangan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, perbincangan telah dilakukan dengan pihak polis untuk menggunakan lokasi tersebut buat peniaga manakala lokasi baharu akan diberikan kepada polis untuk menempatkan kenderaan kemalangan.

“Ia pun mencacatkan pemandangan sebab besi buruk ada dalam pekan Tapah, iaitu di hadapan balai polis. Saya dah bincang dengan pihak polis, mereka bersetuju jika kerajaan negeri dapat menyediakan tapak lain (state land) untuk mereka pindahkan segala kenderaan yang rosak itu,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Beliau berkata, ia melibatkan dua fasa untuk mengatasi tersebut iaitu penambahbaikan laluan sehala sedia ada yang akan dimulakan pada 7 April hingga 30 April ini membabitkan peruntukan kerajaan Persekutuan RM2.2 juta.

Fasa kedua katanya ialah pembinaan jalan baharu atau ‘bypass’ yang akan dimulakan tahun ini melalui peruntukan pembangunan negeri RM17 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI