fbpx

Pencakar langit Thailand runtuh akibat gempa bumi 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN penyelamat berada di tapak pembinaan di mana sebuah bangunan runtuh di Bangkok hari ini. – AFP 

NAYPYIDAW – Gempa bumi kuat menggegarkan Myanmar dan negara jirannya, Thailand hari ini, menyebabkan berpuluh-puluh pekerja terperangkap di bawah runtuhan bangunan pencakar langit yang sedang dibina di Bangkok.

Gempa bumi bermagnitud 7.7 itu melanda barat laut bandar Sagaing tengah hari tadi pada kedalaman cetek, kata Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat. Gegaran susulan bermagnitud 6.4 menggegarkan kawasan sama beberapa minit kemudian.

Di Bangkok, sebuah bangunan 30 tingkat yang sedang dibina runtuh, menyebabkan 43 pekerja terperangkap.

Bangunan untuk dijadikan pejabat kerajaan itu bertukar menjadi timbunan runtuhan dalam sekelip mata, demikian menurut rakaman yang dikongsi di media sosial.

“Apabila saya memeriksa lokasi bencana, saya mendengar mangsa menjerit meminta tolong. 

“Kami menganggarkan beratus-ratus orang cedera tetapi kami belum mengesahkan angka korban dan kecederaan,” kata Timbalan Ketua Polis Daerah Bang Sue, Worapat Sukthai. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI