fbpx

Pecah rumah, polis lepas beberapa das tembakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan yang dinaiki suspek ketika ditahan anggota polis. - Foto oleh PDRM

SUBANG JAYA – Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan selepas disyaki terlibat dalam kes pecah rumah di Jalan SS14, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam pada pukul 3.50 petang sebelum anggota bertugas dikerahkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, anggota melihat suspek keluar dari rumah mangsa dan menuju ke sebuah kenderaan. Suspek bertindak agresif dengan melanggar sebuah motosikal dan seorang anggota polis sebelum cuba melarikan diri.

“Polis melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan suspek sebelum kedua-dua mereka berusia 30an dan 40an berjaya ditahan di jejambat Jalan SS14,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Wan Azlan, kes disiasat mengikut Seksyen 457 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-78627100 atau Asisten Superintendan Khairulazizi Ismail di talian 019-2817820. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI