fbpx

Nahas ragut 5 nyawa di Kluang: Pemandu treler direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMANDU treler yang menyebabkan kematian lima nyawa dalam kemalangan di Kilometer 58.1, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, Kluang malam tadi direman sehari bagi membantu siasatan.

KLUANG – Pemandu treler membawa muatan mesin terbabit dalam nahas di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, di sini yang meragut lima nyawa telah diambil keterangan dan ditahan reman, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, hasil ujian saringan air kencing ke atas lelaki tempatan berusia 35 tahun itu didapati negatif.

Katanya, pemandu treler telah disoal siasat dan telah ditahan reman selama sehari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pemandu treler itu turut cedera di kaki kanan dan pinggang dan mendapatkan rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Nahas membabitkan empat kenderaan termasuk treler pada pukul 11.30 malam tadi telah menyebabkan lima maut termasuk suami isteri dan anak perempuan mereka berusia dua tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI