fbpx

Masih degil berhenti di tepi laluan Lingkaran Tengah Utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Biarpun terdapat penghadang 'barrier' diletakkan di bahu jalan dan wujudnya R&R, namun pengguna jalan raya dilihat masih memberhentikan kenderaan di bahu jalan.

LIPIS – Walaupun telah disediakan kemudahan hentian rehat dan rawat (R&R) sementara di Lingkaran Tengah Utama (LTU) laluan Lipis – Gua Musang namun masih ada pengguna jalan raya yang memilih untuk berhenti di tepi jalan susur masuk laluan berkenaan.

Tinjauan Kosmo! mendapati biarpun terdapat penghadang ‘barrier’ diletakkan di bahu jalan namun beberapa penunggang motosikal dan pemandu kereta dilihat berhenti di laluan tersebut.

Bagaimanapun, tinjauan mendapati tiada sampah sarap dibuang di bahu jalan LTU ekoran tindakan pihak bertanggungjawab yang telah meletakkan beberapa buah tong sampah besar di laluan itu.

Seorang pengguna dari Klang, Selangor , Nik Asmawati Nik Hassan, 39, berkata, dia menzahirkan rasa lega dan terima kasih di atas keprihatinan pihak berkaitan yang menyediakan kemudahan seperti R&R sementara dan tong sampah besar.

Bagi Wan Khairul Anuar Wan Zahri, 43, memuji inisiatif itu kerana memberikan penyelesaian kepada masalah kebersihan yang sering berlaku akibat kekurangan tempat rehat yang sesuai.

“Dulu, ramai yang mengadu tidak ada tempat untuk berehat atau membuang sampah dengan betul, menyebabkan mereka membuangnya merata-rata,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI