fbpx

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MB Pahang pada 2 Syawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai dipelawa hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Besar Pahang.

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Chini, Pekan pada 2 Syawal 1446H.

Wan Rosdy berkata, majlis tersebut akan berlangsung di Dewan Dato’ Shahbandar dari pukul 9 pagi hingga 2 petang.

“Saya menjemput seluruh rakyat di negeri Pahang untuk bersama-sama hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Wan Rosdy berkata, beliau akan turut menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Laman Sejahtera Jelai, Sungai Koyan, Lipis pada 5 April ini, bermula pukul 10.30 pagi.

Majlis rumah terbuka tersebut selain meraikan Aidilfitri akan menjadi platform merapatkan hubungan pemimpin negeri dan rakyat.

Ia memberi kesempatan untuk orang ramai beramah mesra dengan pimpinan negeri dalam suasana gembira dan penuh kemesraan.

Pelbagai juadah istimewa sempena Hari Raya Aidilfitri akan disediakan kepada para tetamu yang hadir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI