fbpx

Lelaki lahap 6.97 liter telur mentah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan Bertoletti menghabiskan 6.97 liter telur cair dalam masa seminit di Itali. - Instagram

CHICAGO, ILLINOIS  – Seorang lelaki di negeri Illinois menempa nama dalam Guinness World Records kerana minum cecair  telur sebanyak 6.97 liter dalam masa satu minit, lapor stesen penyiaran NDTV semalam. 

Patrick Bertoletti mencatatkan rekod dunia minum paling banyak telur mentah dalam masa satu seminit. 

Dia melakukan percubaan itu dalam rancangan televisyen, Lo Show Dei Record di Milan, Itali pada 2 Februari 2024.

Rakaman dimuat naik di platform Instagram Guinness World Records memaparkan cef tersebut minum beberapa balang berisi cecair telur dengan sepantas kilat.

Klip video itu mencatatkan lebih 631,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai. 

“Dia (lelaki berkenaan) tidak perlu lagi protein untuk seminggu,” kata seorang netizen. 

“Ini mengagumkan! Namun, perutnya akan meragam,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI