fbpx

Lelaki cedera jatuh dari tingkat 10 PPR Sri Aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang terjatuh dari tingkat 10 flat PPR Sri Aman, di Jinjang hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan cedera selepas terjatuh dari tingkat 10 flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Aman di Jinjang, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian sekitar pukul 12.30 tengah hari.

“Mangsa berusia 25 tahun telah terjatuh ke atas sebuah kereta yang diparkir di tempat letak kereta flat tersebut.

“Selepas terjatuh, mangsa masih sedarkan diri dan telah dibawa ke hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Sukarno berkata, punca kejadian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI