fbpx

Lebih 3 juta penuhi 2 masjid suci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEJUMLAH besar umat Islam memenuhi Masjidil Haram, Mekah. - Foto SPA

MEKAH – Lebih tiga juta jemaah memenuhi Masjidil Haram di kota suci Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah di malam ke-27 Ramadan pada Rabu lalu, lapor portal berita Saudi Gazette.

Mereka menunaikan solat Isyak, tarawih serta menghadiri qiamullail pada malam dipercayai Lailatul Qadar di dua masjid suci umat Islam itu.

Semua tingkat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi termasuk pekarangannya dipenuhi  jemaah sehingga melimpah ke jalan-jalan di kawasan Tanah Haram.

Umat Islam mencari malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan amal ibadat sepanjang malam kerana ganjaran pahalanya lebih baik daripada 1,000 bulan.

Pada malam itu juga, kitab suci al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Jemaah menghadiri solat isyak, tarawih dan qiamullail yang diakhiri dengan doa khas pimpinan Ketua Pihak Berkuasa Am untuk Penjagaan Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Syeikh Abdurahman Al-Sudais di Masjidil Haram.

Air mata jemaah bercampur dengan hujan rahmat yang turun dengan lebat di pekarangan masjid itu. 

Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Dua Masjid Suci telah melaksanakan pelan operasi yang mudah dan perkhidmatan bersepadu untuk jemaah. 

Ia  menggerakkan semua sumber manusia dan mekanikal  bagi memudahkan perjalanan jemaah secara teratur di Masjidil Haram. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI