fbpx

Korea Utara ancaman utama Malaysian Tigress 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Soleen (kiri) mengambil pendekatan realistik mengenai peluang skuad wanita negara ke Piala Asia Wanita 2026. - Foto ihsan FAM

KETUA jurulatih skuad bola sepak wanita negara, Soleen Al-Zoubi mengakui pasukan berdepan laluan berliku selepas diundi bertemu negara pilihan, Korea Utara  pada aksi kelayakan Piala Asia Wanita 2026.

Menurut Soleen, reputasi hebat Korea Utara dalam arena bola sepak antarabangsa terbukti apabila skuad bawah 20 (B-20) tahun mereka menjuarai trofi Piala Dunia B-20 Wanita di Colombia tahun lalu.

Pengendali kelahiran Jordan itu berkata, anak-anak buahnya akan tetap berusaha untuk memberikan tentangan sengit apabila turut berdepan jaguh Asia Tengah seperti Palestin dan Tajikistan dalam Kumpulan H.

“Harus diakui agak susah apabila diundi bertemu Korea Utara kerana mereka salah satu pasukan wanita terbaik Asia. Skuad remaja mereka masih segar dengan kejayaan bergelar juara Piala Dunia B-20 2024.

“Mengenai skuad senior, kita tiada banyak informasi mengenai status mereka tetapi kita ada pengalaman bertemu Palestin dan Tajikistan pula sedang meningkat naik.

“Apa yang penting buat kami adalah melakukan persiapan sebaik mungkin sebelum aksi kelayakan nanti,” katanya.

Mengikut format kelayakan, hanya juara kumpulan akan mara ke pusingan akhir yang akan diadakan di Australia dari 1 hingga 21 Mac tahun depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI