fbpx

Kapten Indonesia jadi rebutan gergasi Serie A

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IDZES (kanan) bersaing merebut bola dengan penyerang Inter, Mehdi Taremi dalam pertemuan Serie A pada Januari lalu.

MILAN – Tonggak pertahanan Indonesia, Jay Idzes kini menjadi tumpuan gergasi-gergasi Serie A selepas aksi luar biasanya bersama Venezia FC apabila dilaporkan Inter Milan dan AC Milan dikatakan bersaing mendapatkan khidmat pemain berbakat itu.

Pemain berusia 24 tahun itu semakin mendapat perhatian selepas mempamerkan prestasi cemerlang dalam beberapa perlawanan penting termasuk mengekang serangan Atalanta, Napoli dan Como FC.

Persembahan mantapnya ketika menentang Atalanta di Stadium Gewiss, Bergamo pada 1 Mac lalu menjadi titik perubahan besar dalam kariernya.

Menurut sumber, Inter telah menghantar pencari bakat mereka ke stadium untuk menilai sendiri keupayaan Idzes, sekali gus memberi isyarat serius terhadap minat mereka.

Namun, Inter bukan satu-satunya pasukan yang memburu Idzes selepas Atalanta, Napoli, Milan dan Como turut dilaporkan memantau perkembangan bekas pemain Go Ahead Eagels yang kini semakin menonjol sebagai salah satu pertahanan terbaik Serie A.

Sekiranya Inter atau mana-mana kelab mahu mendapatkan Idzes, mereka perlu bersedia membayar harga tinggi memandangkan dia masih mempunyai kontrak bersama Venezia sehingga 30 Jun 2027.

Difahamkan, nilai pasaran kapten Indonesia itu kini dianggarkan sekitar €3 juta (RM14.37 juta) iaitu angka yang berpotensi meningkat jika persaingan untuk mendapatkannya semakin sengit.

Jika perpindahan menjadi kenyataan, ia bukan sahaja mengukuhkan reputasinya di pentas bola sepak Eropah, malah boleh menjadikannya sebagai pemain Indonesia paling berpengaruh dalam sejarah Serie A.

Buat masa ini, Idzes kekal fokus bersama Venezia, namun dengan perhatian besar dari kelab elit, masa depannya di Serie A semakin cerah dan penuh kemungkinan besar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI