fbpx

Jualan biskut raya penjara cecah RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster yang dimuat naik pihak Galeri Jualan Produk My Pride sebagai tanda penghargaan kepada semua pembeli.

PETALING JAYA – Jualan biskut raya di Galeri Produk My Pride, Penjara Wanita Kajang berjaya mencapai hasil jualan sehingga RM1 juta selepas mendapat sokongan tinggi daripada orang awam.

Terdahulu, galeri jualan tersebut yang menjual pelbagai jenis makanan dan barangan hasil sentuhan penghuni-penghuni penjara di beberapa buah lokasi di negara ini tular setelah dipromosikan oleh pempengaruh, Tun Laila.

Perkara tersebut dikongsikan di media sosial rasmi Galeri Produk My Pride sebagai tanda penghargaan kepada orang ramai yang menyokong jualan produk-produk penjara.

Terdahulu, penjara tersebut menerima kunjungan orang ramai setelah klip Tun Laila mempromosikan jualan yang dihasilkan penghuni-penghuni penjara menjadi tular di aplikasi TikTok.

Orang ramai turut membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah kepada pihak galeri penjara dan berbangga akan tindakan pempengaruh tersebut.

“Tun Laila dah boleh jadi duta Penjara Wanita Kajang dah sebab video dia orang tahu apa yang ada dekat sana,” kata @Wannurain.

“Dengan hasil jualan ini nanti penghuni akan dapat makan sedap, terima kasih rakyat Malaysia berkongsi rezeki,” komen @KotaroKarino.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI