fbpx

Isu kuil: Zamri Vinoth direman 2 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAMRI dikawal ketat oleh polis pengiring ketika keluar dari Kompleks Mahkamah Kangar, Perlis hari ini.

KANGAR – Mahkamah memerintahkan penceramah dan pendakwah bebas, Zamri Vinoth direman dua hari bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan menghina agama Hindu.

Majistret Ana Rozana Mohd. Nor menetapkan tempoh reman dua hari bermula hari ini hingga esok bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan pihak polis.

Menurut peguam, Zuhair Mohd. Zakuan, beliau mengetuai sembilan barisan peguam lain mewakili suspek untuk kes melibatkan pendakwah selebriti tersebut.

“Pihak polis awalnya memohon empat hari untuk perintah reman namun peguam membantah permohonan tersebut.

“Mahkamah kemudiannya membuat keputusan hanya dua hari sahaja tempoh tahanan reman dibenarkan,” katanya ketika sidang akhbar selepas Zamri meninggalkan Kompleks Mahkamah Kangar di sini hari ini.

Tambah Zuhair, polis menyiasat kes melibatkan pendakwah tersebut di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI