fbpx

‘Ingat adik lambat sangkut jem, rupanya maut kemalangan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Kilometer 58.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, dekat Kluang lewat malam tadi.

KOTA TINGGI – Rasa tidak sedap hati seorang kakak di sini selepas adiknya tidak membalas WhatsApp rupanya membawa petanda adiknya terlibat nahas sehingga meragut nyawa di Kilometer 58.1, Lebuh Raya Utara – Selatan arah selatan, dekat Kluang lewat malam tadi.

Nur Hafiza Bani, 36, berkata, adiknya Siti Khazira Bani, 35, bersama suami Nasarudin Pardi, 36, dan anak mereka Mariam Nasarudin, 2 yang maut dalam kemalangan itu dalam perjalanan balik ke rumah orang tuanya di Taman Kota Jaya di sini.

Katanya, adiknya sekeluarga bertolak pulang untuk bercuti raya dari rumah mereka di Bukit Jalil kira-kira pukul 9 lebih selepas solat Isyak.

“Dia bertolak lepas isyak. Semalam kira-kira pukul 11.30 malam adik lelaki ada tanya jem ke? Tetapi dia tidak balas. Masa tu kami sangka dia lambat sebab sangkut jem (sesak).

“Namun dia tidak pernah tidak balas mesej kami. Bahkan dia seorang yang tidak akan tidur dan akan teman suaminya sepanjang pemanduan. Dia juga tidak pernah kehabisan bateri jika hendak berjalan jauh.

“Masa tu memang rasa tidak sedap hati tetapi tak terfikir mereka terlibat kemalangan. Kira-kira pukul 3 pagi ada orang telefon maklumkan mereka terlibat kemalangan dimana barang-barangnya semua total lost termasuklah telefon bimbit ” katanya ketika ditemui pemberita di kediaman orang tuanya di Taman Kota Jaya di sini.

Anak sulung dari tiga beradik itu berkata, mereka sepatutnya mengadakan ‘photoshoot’ raya keluarga pada pukul 10 pagi ini namun tidak kesampaian.

Menurutnya, adiknya itu mempunyai empat orang anak dan yang maut dalam insiden itu adalah anak bongsunya.

Jelasnya, dua lagi anak adiknya masih berada di Hospital Kluang, manakala seorang lagi di rumah nenek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI