JAKARTA – Indonesia mengumumkan bahawa tarikh melihat anak bulan Ramadan ditetapkan pada petang esok bersamaan 29 Syaaban 1446 hijrah, lapor laman berita Kompas hari ini.
Jurucakap Dirjen Bimas Islam, Abu Rokhmad berkata, cerapan akan dilaksanakan pada pukul 6.30 petang (waktu tempatan) secara tertutup.
“Tarikh awal Syawal akan diumumkan pada pukul 7 malam (waktu tempatan) oleh Menteri Agama, Nasaruddin Umar,” kata Abu.
Lokasi melihat anak bulan terletak di Pusat Kementerian Hal Ehwal Agama, Jakarta, demikian menurut portal berita Detik News.
Abu turut menjelaskan bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.
Orang ramai boleh menyaksikan cerapan melalui siaran langsung oleh akaun Bimas Islam dan Kementerian Agama di laman YouTube. – AGENSI