fbpx

Ibu 9 anak pasrah hamil usia 66 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALEXANDRA hamil ketika usianya 66 tahun. - Foto Getty Images

BERLIN – Seorang wanita yang mempunyai sembilan anak melahirkan seorang lagi bayi ketika usianya mencecah 66 tahun,  lapor akhbar New York Post semalam.

Alexandra Hildebrandt berkata, dia hamil secara semula jadi tanpa teknik persenyawaan dalam makmal (in vitro).

“Keluarga besar bukan sekadar sesuatu yang indah tetapi paling penting adalah membesarkan anak-anak dengan betul,” katanya.

Anak sulung Alexandra kini berusia 46 tahun, manakala yang bongsu pula umur  dua tahun. 

Walaupun menganggap diri sihat kerana kerap berenang dan berjalan kaki, Alexandra benar-benar tidak menyangka akan hamil pada usia emas tersebut.

Menurut data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, pada tahun 2020, terdapat hampir 1,000 kelahiran bayi oleh wanita berumur 50 tahun dan ke atas. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI