fbpx

Hannah tegur penaja, seru tunaikan janji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANNAH (kanan) bersama Liek Hou pada majlis penyerahan kenderaan Chery kepada pemenang pingat Paralimpik Paris 2024 pada Januari lalu.

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menegur penaja yang gagal menunaikan janji pemberian insentif kepada atlet susulan pendedahan jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou mengenai imbuhan yang masih belum diterima.

Hannah yang ditemui pada Majlis Perasmian Taska Team MAS kelmarin, turut mengingatkan mana-mana penaja yang ingin menawarkan tajaan kepada atlet perlu memastikan semua perjanjian dibuat secara bertulis bagi mengelakkan atlet daripada menjadi mangsa eksploitasi.

“Saya tidak tahu mengenai perjanjian antara Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) dan Liek Hou. Tetapi kalau atlet sudah bersuara dan ada janji yang dibuat, ia mesti ditunaikan. Saya akan tunggu aduan rasmi daripada Liek Hou.

“Kalau nak taja atlet, saya nasihatkan supaya pastikan semua perjanjian tajaan dibuat secara bertulis. Ini penting untuk melindungi diri mereka supaya tidak digunakan bagi tujuan komersial, tetapi akhirnya tidak menerima apa-apa manfaat,” kata Hannah.

Isu kegagalan menunaikan janji kepada atlet bukanlah perkara baharu, malah sebelum ini pemenang pingat perak Sukan Paralimpik Paris 2024, Ziyad Zolkefli juga pernah meluahkan kekecewaan terhadap MPM yang gagal menunaikan insentif dijanjikan.

Menurut laporan terdahulu, MPM pada Ogos lalu mengumumkan atlet yang memenangi pingat di Paralimpik Paris akan menerima insentif khas dijanjikan oleh tiga syarikat penaja.

Pakej insentif tersebut termasuk RM20,000 untuk pingat emas, RM10,000 (perak) dan RM5,000 (gangsa) serta perbincangan mengenai hadiah kereta bagi pemenang emas.

Bagaimanapun, sehingga kini, Ziyad dan beberapa atlet lain masih belum menerima sebarang bayaran dijanjikan.

Lebih mengecewakan, elaun yang sepatutnya diberikan kepada atlet sebelum temasya Paralimpik juga tidak dibayar menyebabkan mereka terpaksa bergantung sepenuhnya kepada Majlis Sukan Negara (MSN).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI