fbpx

Hampir seluruh negara hujan lebat malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka melanda 12 negeri sehingga jam 7 malam ini.

Menurut MetMalaysia, antara negeri terlibat adalah Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

Turut terkesan adalah Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu dan Pahang.

“Selain itu adalah Selangor (Sabak Bernam dan Kuala Selangor), Negeri Sembilan (Jempol) dan Johor (Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru),” kata MetMalaysia.

Mengulas lebih lanjut MetMalaysia memaklumkan, kawasan yang terkesan di Sabah adalah di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna), Sandakan (Tongod) dan Kudat (Kota Marudu).

“Sarawak di Sarikei (Julau dan Meradong), Sibu, Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song), Bintulu (Tatau) dan Limbang (Lawas),” tambah kenyataan sama. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI