fbpx

‘Doa kami makbul, masih trauma’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Azminizam (bertopi) dan Ahmad Shamsuri Zailani di luar Mahkamah Majistret Klang, hari ini. Foto oleh SKANDAR ISHAK/ KOSMO!

KLANG – “Syukur doa kami selama empat tahun termakbul biarpun masih trauma dengan kejadian itu”.

Itu luahan dua pengawal peribadi, Mohd. Azminizam Zulkepli, 48, dan Ahmad Shamsuri Zailani, 31, selepas bekas majikannya dipenjara dan didenda RM22,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Menurut Azminizam, dia sehingga kini masih trauma dengan kejadian yang menimpa dirinya ketika berpuasa pada 2021 itu.

“Niat saya adalah untuk menyempurnakan ibadah Ramadan namun sebaliknya dihina dan dicederakan majikan ketika itu,” katanya sebak ketika ditemui selepas prosiding kes itu.

Tambah beliau, tugas pengawal peribadi adalah menjaga majikannya dan bukannya dipukul atau dihina.

“Ini adalah keadilan buat kami dan perjuangan kami selama ini tidak hanya sia-sia. Terima kasih juga kepada rakyat Malaysia yang terus menyokong dan mendoakan kami,” ujarnya.

Terdahulu, seorang ahli perniagaan dipenjara enam tahun 10 bulan dan didenda RM22,000 kerana menghina, mengugut dan mencederakan pengawal peribadinya kerana berpuasa, empat tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI