PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki memandu secara melulu berhampiran plaza tol mengundang kecaman netizen.
Menerusi sebuah rakaman kamera papan pemuka yang tular di laman X, lelaki tersebut dilihat memotong kenderaan lain dengan cara berbahaya untuk memasuki lorong Smart Tag.
Bagaimanapun, lelaki tersebut tiba-tiba memberhentikan kenderaan di hadapan kereta pemilik rakaman papan pemuka tersebut dan keluar daripada kenderaan itu dalam keadaan marah.
Tinjauan di ruang komen mendapat rata-rata pengguna mengecam tindakan pemandu yang dikatakan tidak bersabar ketika berada di jalan raya.
“Dia yang potong barisan, dia pula yang berhenti ajak bergaduh. Cantik perangai,” kata Handy.
“Tengah bulan puasa ini banyakkan bersabar,” tegur Aida.
“Lapor ja dekat aplikasi MyJPJ, tak sampai dua minggu mesti meroyan kena bayar saman,” kata Hardy.
“Minta dijauhkanlah daripada berada dalam situasi macam ni. Takut hati nak berkata yang buruk. Semoga abang tu muhasabah dirilah,” kata Firdaus. – KOSMO! ONLINE