PETALING JAYA – Pempengaruh terkenal, Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud meluahkan rasa syukur apabila berpeluang membeli kereta mewah jenis Mercedes Benz G-Class yang bernilai sekitar RM1.79 juta.
Menerusi hantaran TikTok, dia menjelaskan telah menjadikan ‘kereta raya’ itu sebagai satu ganjaran untuk dirinya.
“Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi dapat beli kereta raya.
“Lebih baik lah beli kereta ‘reward’ diri sendiri daripada bagi kereta dekat orang tapi dikhianati dan tidak dihargai,” luah Cik Epal di TikTok.
Rata-rata pengguna di ruangan komen memberi pelbagai reaksi dan sokongan terhadap kejayaan ibu kepada dua anak itu.
“Suka tengok video ni. Cara dia rakam nampak ‘mendunia’ sangat,” komen @far_yaacob.
“Dulu dia tunaikan semua impian dan minat bekas suami dia. Sekarang dia tunaikan hajat dia. Terbaik la Cik Epal membuka mata wanita teraniaya lain untuk lebih berani berdepan dengan cabaran,” kata @nesloais412. – KOSMO! ONLINE