fbpx

Budak 3 tahun keluar rumah seorang diri waktu sahur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian yang dimuat naik di media sosial.

SERDANG – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang ditemui berjalan seorang diri berhampiran sebuah kedai makan di Seksyen 5, Seri Kembangan, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kanak-kanak tersebut ditemui pengadu yang merupakan seorang lelaki berusia 27 tahun selepas selesai bersahur di sebuah kedai makan kira-kira pukul 3.42 pagi.

“Polis mengesan satu video tular di TikTok berkenaan kejadian memaparkan pengadu ternampak seorang kanak-kanak perempuan membawa wang RM2 di hadapan kedai makan tersebut.

“Pengadu kemudian membawanya tersebut ke Balai Polis Seri Kembangan setelah kanak-kanak itu gagal menunjukkan rumahnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anbalagan berkata, pihaknya turut menerima laporan kehilangan kanak-kanak terbabit sekitar pukul 4.35 pagi.

Katanya, ibu bapa kanak-kanak berkenaan telah hadir ke balai polis setelah menyedari kehilangan anak mereka yang dipercayai keluar rumah melalui pintu rumah yang tidak berkunci.

“Hasil siasatan mendapati kanak-kanak tersebut telah berjalan lebih kurang 100 meter dari pondok pengawal keselamatan apartment kediamannya.

“Kanak-kanak itu yang berada dalam keadaan baik kemudian diserahkan kepada ibu bapa susulan pengesahan melalui sijil kelahiran,” jelasnya.

Terdahulu, tular satu video di TikTok memaparkan seorang lelaki meminta bantuan orang ramai berhubung kehilangan seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui membawa wang RM2. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI