fbpx

Brazil tiada aura juara dunia – Vinicius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VINICIUS (kiri) gagal menunjukkan prestasi sebenar ketika dibelasah Argentina di Buenos Aires kelmarin. - AFP

BRASILIA – Bintang sensasi Brazil, Vinicius Junior mengakui pasukan perlu mencari ‘formula’ baharu jika berhasrat untuk menjulang trofi Piala Dunia 2026 yang akan berlangsung di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada tahun depan.

Selecao yang ketika ini menduduki ranking No. 5 dunia terpaksa akur dengan kekuatan seteru tradisi, Argentina selepas tewas 1-4 pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026 bagi zon Amerika Selatan di Estadio Monumental, Buenos Aires kelmarin.

Keputusan tersebut memastikan Argentina selaku juara bertahan, layak ke Piala Dunia 2026 apabila memiliki kelebihan 10 mata berbanding Brazil.

Kata Vinicius, prestasi tidak konsisten di pentas antarabangsa sejak tahun lalu perlu segera diatasi supaya lebih bersedia sekiranya untuk layak ke kejohanan terbesar dunia itu nanti.

“Kami bermain dengan teruk dan Argentina berada dalam kelas tersendiri. Pasukan sudah kehilangan idea dan pemain berada dalam keadaan tertekan dengan tekanan tinggi daripada para penyokong.

“Piala Dunia khanya berbaki 14 bulan dan saya tidak mahu Brazil tersingkir awal sekali lagi.

“Saya harap semua pemain dapat bangkit segera dan buat masa ini, fokus adalah layak secara automatik. Sasaran seterusnya untuk menjuarai trofi ini buat peminat setia pasukan,” katanya.

Sebagai rekod, Brazil yang telah menjuarai Piala Dunia sebanyak lima kali memburu trofi berprestij itu buat kali pertama sejak edisi 2002. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI