fbpx

Bank Muamalat peruntuk RM500,000 untuk CSR Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Golongan anak yatim dan ibu tunggal turut diraikan dalam program Ziarah Ramadan anjuran Bank Muamalat sepanjang Ramadan ini.

KUALA LUMPUR – Bank Muamalat Malaysia Bhd buat julung kalinya memperuntukkan lebih RM500,000 di bawah pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), sepanjang Ramadan ini.

Secara keseluruhannya, sebanyak lebih 5,000 orang daripada golongan asnaf, anak yatim, fisabilillah, muallaf dan lain-lain telah mendapat manfaat daripada program Ziarah Ramadan, majlis berbuka puasa di empat wilayah serta edaran pek makanan iftar yang telah dianjurkan.

“Selain itu, beberapa cawangan Bank Muamalat di setiap negeri juga menganjurkan program edaran bubur lambuk kepada orang ramai dengan jumlah penerima keseluruhan 7,000 orang,” menurut bank itu menerusi kenyataan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Khairul Kamarudin, berkata, pihaknya amat berbesar hati dengan kesungguhan kakitangan Bank Muamalat yang memberikan komitmen menjayakan program CSR yang telah direncanakan.

“Kami di Bank Muamalat bersyukur dapat melaksanakan program CSR sepanjang Ramadan yang bukan sahaja membantu golongan memerlukan, malah juga mengukuhkan hubungan kami dengan komuniti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI