PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkunjung ke Kompleks PKNS, Shah Alam bagi menyaksikan orang ramai melakaksana persiapan menjelang Aidilfitri.
Kunjungan Anwar pada tengah hari tadi dilakukan selepas menunaikan solat Jumaat, sambil diiringi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halimi.
Dalam hantaran di Facebook, Anwar berkata beliau meluangkan masa beramah mesra dengan para pengunjung di kompleks berkenaan.
“Kemeriahan dan kehangatan suasana di sini amat dirasai, lantas mencerminkan semangat perpaduan dan kekeluargaan yang utuh dalam kalangan rakyat,” katanya, hari ini.
Beliau turut berharap agar Aidilfitri tahun ini membawa kebahagiaan dan keberkatan kepada semua. – KOSMO! ONLINE