fbpx

7 lagi pemain warisan Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HEVEL (tengah) membuktikan kehadirannya sebagai pemain warisan baharu memberi nilai tambah buat Harimau Malaya. - MALAYSIA NT

SKUAD Harimau Malaya dijangka membariskan kesebelasan yang berbeza pada aksi kelayakan Piala Asia akan datang selepas bakal menerima tambahan tujuh pemain berdarah warisan dalam masa terdekat.

Perkembangan terbaharu itu dikongsikan Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim selepas menyaksikan skuad kebangsaan dibawah kendalian Peter Cklamovski lulus ujian pertama dengan menewaskan Nepal 2-0 pada aksi pertama, Selasa lepas.

Tunku Mahkota Ismail yang mencetuskan idea ‘revolusi’ dalam skuad negara cukup teruja melihat pasukan berjaya memulakan kempen Kumpulan F dengan langkah kanan dan berharap kehadiran ramai lagi pemain warisan dapat meningkat lagi kualiti Harimau Malaya.

“Perjalanan masih jauh. Saya yakin kita akan ada ‘constant progress’ dan ‘improvements’ dalam setiap aspek. Semalam kita boleh lihat ‘playing structure’ solid, intensiti 90 minit ‘was high’.

“Tujuh lagi pemain warisan akan ‘add more’ kualiti dan membantu pasukan. Yang penting pasukan negara ‘playing on top international competition’ dan disegani. Ia satu kebanggaan dan imej,” katanya.

Pada perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim itu, pemain warisan baharu negara, Hector Hevel mencuri tumpuan apabila mempamerkan aksi sempurna pada debut pertama dengan meledak satu gol selain berupaya menjadi jeneral di jentera tengah Harimau Malaya.

Hevel menjadi salah seorang daripada tiga pemain berdarah warisan yang diserapkan dalam skuad utama kali ini selain daripada penjaga gol, Christian Abad dan bek kiri, Gabriel Palmero.

Sebelum ini, ramai pemain didakwa memiliki darah kacukan Malaysia oleh pencari bakat laman sosial tetapi telah dinafikan secara terbuka oleh pemain-pemain terbabit.

Sementara itu, Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) turut berharap penyokong terus setia membantu pasukan dalam misi layak ke Piala Asia 2027 nanti.

“Untuk mencapai matlamat tersebut kita harus bersatu dan bersabar. ‘The priority is not the speed, but the direction we heading’,” katanya.=

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI