fbpx

5 cedera amukan pisau di Amsterdam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan kecemasan membawa mangsa ke hospital untuk rawatan lanjut. - AFP

AMSTERDAM – Sekurang-kurangnya lima orang cedera ditikam seorang lelaki dalam satu serangan di Belanda, lapor akhbar Metro UK semalam. 

Tiga mangsa dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut, manakala keadaan mangsa lain belum diketahui, demikian menurut dua media tempatan.

Polis Belanda berkata, serangan berlaku di Sint Nicolaasstraat dekat Dataran Dam, Amsterdam. 

Rakaman kejadian yang dimuat naik di media sosial memaparkan sebuah helikopter mendarat di tempat kejadian untuk membawa mangsa-mangsa ke hospital. 

Jurucakap Polis Belanda, Esther Izaks mengesahkan bahawa penyerang telah ditahan. 

“Motif penyerang belum jelas,” kata Izaks. 

Berikutan kejadian itu, operasi pengangkutan awam di sekitar Dataran Dam dihentikan buat sementara. 

Poli  menggesa orang ramai untuk tampil dengan sebarang bukti yang dapat membantu siasatan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI