JAKARTA – Agensi Alam Sekitar Jakarta menempatkan 2,906 pekerja perkhidmatan pembersihan untuk menyelenggara ibu kota Indonesia pada malam menjelang Aidilfitri dan cuti lebaran pada hari berikutnya, lapor portal berita Tempo semalam.
Pekerja berkenaan akan ditempatkan di pelbagai lokasi termasuk tapak pelupusan sisa sementara (TPS), tempat tarikan pelancong dan kawasan awam.
Ketua Badan Alam Sekitar Jakarta, Asep Kuswanto berkata, pihaknya turut menyediakan 89 unit pembersih jalan automatik, 35 tandas bas dan 20 tandas mudah alih bagi menyokong operasi kebersihan sepanjang tempoh tersebut.
“Kami memperuntukkan kira-kira 70 pekerja di setiap daerah,” kata Asep dalam satu kenyataan bertulis semalam.
Asep turut menyatakan, pengangkutan sampah akan dijalankan sebelum Hari Raya Aidilfitri bagi mengosongkan TPS.
“Pada Hari Raya Aidilfitri ini, pembersihan jalan akan dilakukan secara manual dan menggunakan mesin sapu jalan.
Selain itu, sepanjang cuti Aidilfitri ini, pengurusan sanitasi akan tertumpu kepada tarikan pelancong seperti Tugu Monas, Kota Tua, Ragunan dan juga Ancol (taman rekreasi terbesar),” katanya. – AGENSI