fbpx

2,252 kes kemalangan, 13 kematian dicatat semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,252 kes kemalangan jalan raya membabitkan 13 kematian direkodkan di seluruh negara, setakat semalam.

Menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, secara keseluruhan, sebanyak 4,318 kes kemalangan dicatat pada Rabu dan Khamis lalu.

“Pada Rabu, JSPT menerima 2,066 kes kemalangan membabitkan 14 kematian, manakala hari berikutnya terus meningkat dengan 2,252 kes dan 13 kematian.

“Statistik merekodkan peningkatan 186 kes dan1 kematian dalam tempoh dua hari itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mematuhi undang-undang terutama menjelang musim perayaan minggu ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI