fbpx

180,000 solat tarawih di Masjid Al-Aqsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEJUMLAH besar umat Islam bersolat di Masjid Al-Aqsa, Rabu lalu. - Foto AFP

BAITULMAQDIS – Kira-kira 180,000 rakyat Palestin menunaikan solat malam dan solat tarawih di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis kelmarin, lapor laman berita  The New Arab.

Menurut Jabatan Wakaf Islam Baitulmaqdis, mereka menunaikan solat di sebalik sekatan Israel terhadap jemaah yang berkunjung ke masjid tersebut.

Pihak berkuasa Israel dilaporkan menghalang ramai jemaah Palestin dari Tebing Barat daripada sampai ke masjid itu di pusat pemeriksaan Qalandia dan Bethlehem, kata agensi berita Palestin, Wafa.

Ia mendakwa penduduk Palestin yang dihalang masuk itu tidak membawa dokumen  sah, alasan biasa digunakan untuk mewajarkan sekatan tersebut.

Tentera Israel juga dikerahkan di lorong-lorong Kota Lama Baitulmaqdis dengan mengubahnya menjadi zon tentera.

Sejumlah warga Palestin lain dilarang masuk di pintu masjid,  demikian menurut Pusat Maklumat Wadi Hilweh, sebuah kumpulan hak asasi manusia tempatan.

Tahun lalu, seramai 200,000 rakyat Palestin menunaikan solat di masjid tersebut di bawah sekatan serupa.

Awal bulan ini, ketika umat Islam menyambut Ramadan, Israel mengumumkan hanya membenarkan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, wanita berusia lebih 50 tahun dan lelaki melebihi  55 tahun masuk ke Masjid Al-Aqsa. 

Rakyat Palestin yang termasuk dalam kategori itu diwajibkan membawa permit khas  dikeluarkan oleh pihak berkuasa Israel. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI