fbpx

158 bas tidak layak berada atas jalan – JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aedy Fadly ketika bercakap pada sidang akhbar Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri Tahun 2025 di Plaza Tol Sungai Besi hari ini. Foto SYAKIR RADIN/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Sebanyak 158 bas perkhidmatan awam yang didapati tidak selamat untuk beroperasi dikeluarkan notis larangan operasi oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Operasi Khas Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2025 yang bermula 24 Mac lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, tindakan tegas itu diambil bagi mengelakkan risiko kemalangan akibat kegagalan mematuhi standard keselamatan jalan raya yang ditetapkan.

“Kebanyakan bas didapati tidak memiliki pemandu kedua selain menggunakan telefon bimbit semasa melakukan perjalanan serta mempunyai masalah brek.

“Kalau kesalahan yang berkaitan dengan brek kesalahan yang berkaitan dengan keselamatan kita tidak akan benarkan bas itu membuat perjalanan kenderaan tersebut mestilah diperbaiki terlebih dahulu oleh syarikat bas tersebut sebelum memulakan perjalanan,” katanya pada sidang akhbar Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri 2025 di Plaza Tol Sungai Besi hari ini.

Katanya, bagi tahun ini, JPJ meneruskan strategi penguatkuasaan secara penyamaran anggota di dalam bas menyamar sebagai penumpang dan mengesan pemandu melakukan kesalahan ketika memandu sepanjang perjalanan Ops Hari Raya ini.

“Kita mengesan sebanyak 398 kenderaan perkhidmatan awam iaitu bas ini melakukan kesalahan.

“JPJ tidak berkompromi dengan mana-mana kenderaan perkhidmatan awam yang yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan Kaedah-Kaedah di bawahnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI