fbpx

Wanita misteri tekan loceng pintu rumah tengah malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita misteri (dalam bulatan) membunyikan loceng pintu rumah di tengah malam. - Foto X/@anuraag_niebpl

NEW DELHI – Penduduk bandar Gwalior dalam negeri Madhya Pradesh gempar berhubung  rakaman video tular yang memaparkan seorang wanita misteri membunyikan loceng pintu rumah pada waktu  tengah malam. 

Beberapa klip rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) dari kawasan Raja Mandi dan Sona Garden menunjukkan wanita itu membunyikan loceng pintu sebelum menghilangkan diri.

Rakaman turut  menunjukkan lembu dan anjing liar berkelakuan pelik di hadapan wanita itu.

Anjing liar melarikan diri ketika melihat dia berjalan. 

Wanita itu memakai pakaian tradisional Punjab dan menutup muka dengan selendang panjang.

“Tiada aduan rasmi difailkan. Polis sedang mengumpul maklumat mengenai wanita ini,” kata pegawai polis tempatan, Superintenden Niranjan Sharma. – Foto AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI