PETALING JAYA – Seorang rider prihatin apabila sanggup berhenti di tepi jalan dan berlari ke tengah laluan semata-mata mahu mengambil bangkai kucing untuk dialihkan dan ditanam.
Menerusi video dimuat naik pada TikTok @M_sy4h, pemuda tersebut bertindak demikian bagi mengelakkan ia terus dilanggar kenderaan lain.
“Rezeki ni datang dengan pelbagai cara. Kadang-kadang Allah tak bagi kau saham dunia, tak ada duit sangat, tapi Allah bagi kau saham akhirat.
“Selalu lah berdoa seperti ya Allah, sibukkanlah aku dengan kebaikan hingga aku lupa akan kesedihan dan jauhkan aku daripada.rasa malas hingga aku bersyukur atas keberkahan, amin,” tulisnya pada kapsyen video.
Ia mendapat pelbagai maklum balas positif apabila sikap mulia yang ditunjukkan oleh pemuda tersebut dipuji oleh netizen.
Rata-rata meninggalkan komen mendoakan dan mengucapkan terima kasih pemuda tersebut sentiasa dipermudah segala urusan dan rezeki mengalir seperti air sungai di syurga.
“Terima kasih abang semoga abang sihat selalu,” kata Uniqueblack_2.
“Terima kasih abang kami yang pencinta kucing saying abang, semoga Allah balas jasa abang Aamin,” komen Shhrul_shh.
“Nampak macam hal kecil saja, tapi dekat akhirat sana nanti semua tu akan jadi saksi atas kebaikan abang pada mereka masa di dunia. Terima kasih orang baik,” kata @Im_fathiez. – KOSMO! ONLINE
@m_sy4hRezeki ni datang dengan pelbagai cara.. kadang² Allah tak bagi kau saham dunia tak ada duit sangat tapi Allah bagi kau saham akhirat.. jadi selalu lah berdoa seperti Ya Allah, sibukkanlah aku dengan kebaikan hingga aku lupa akan kesedihan dan jauhkan aku dari rasa malas hingga aku bersyukur atas keberkahan. Aamin.