PETALING JAYA – Sebuah rumah meriah ‘bercahaya’ apabila dihiasi dengan lampu lip lap berwarna kuning dan biru bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Menerusi perkongsian video di aplikasi Tiktok @airaa247_, rumah yang dipercayai di sebuah Kampung Jepak, Bintulu, Sarawak turut dihiasi replika bulan, rumah dan orang serta pelita menggunakan lampu lip lap.
“Ketepi semua rumah ni paling ‘rare’. Lampu lip lap dia siap jadi orang wei,” katanya dalam perkongsian tersebut.
Kreativiti pemilik rumah itu mendapat perhatian netizen kerana situasi itu digambarkan sebagai perkara yang ‘rare’ dan tidak sering dilakukan oleh mana-mana individu.
“Saya suka semangat begini, bukan untuk menunjukkan-nunjuk tetapi semangat untuk menyambut itu ada dengan cara yang moden,” kata annalyne2oo2.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen juga ada yang bersetuju bahawa di Sarawak memang akan meriah setiap kali sambutan raya.
“Betul di Sarawak paling meriah ketika sambut Hari Raya, setiap rumah akan berlawan memasang lampu ‘lip lap’ tersebut,” kata seorang pengguna media sosial/
“Sarawak banyak rumah dihiasi begini, malam raya pusing kampung tengok lampu seronok sangat,” komen qasihaque – KOSMO! ONLINE
@iraa247_ kasi lawannnn 🤣🤣 #raya2025 #raya ♬ selamat berhari – yayashiyo