PETALING JAYA – Perceraian usahawan Rozita Ibrahim dengan bekas suaminya yang dikenali sebagai Abang Haji bukanlah alasan buat anak-anaknya memutuskan hubungan dengan bapa tiri mereka.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @Yatie.kamarzaman di TikTok, dilihat Abang Haji turut menghadiri majlis berbuka puasa yang diadakan di rumah usahawan Datuk Seri Aliff Syukri.
Walaupun sudah berpisah dengan Rozita yang sudah berkahwin baru, Abang Haji dilihat sibuk melayan karenah cucu-cucunya yang menunjukkan keakraban mereka.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha keluarga besar itu yang dilihat masih mengekalkan hubungan bersama Abang Haji walaupun hanya sekadar bekas bapa tiri.
“Bagusnya masih mengekalkan silaturrahim dengan bekas ayah tiri, kata @Andjungseri_melaka.
“Alhamdulilah ada juga inisiatif Aliff Syukri buat perjumpaan bersama. Semoga ukhuwah baik berpanjangan hingga ke syurga, kata @Aminaaminazz.
“Atuk tiri masih disayangi oleh anak-anak dan cucu. Banyak jasa dan kenangannya bersama keluarga besar Syukri, kata @User3490.
Terdahulu, Bonda Rozita dan Abang Haji telah mendirikan rumah tangga selama lebih 20 tahun sebelum akhirnya membawa haluan masing-masing. – KOSMO! ONLINE
@yatie.kamarzaman Hari ni berkumpulnya budak gen z, artis no 1 negara yg melantik diri sendiri dan host TikTok yg femes 😆 @Aliff Syukri Kamarzaman @Nur Shahida Mohd Rashid @Saiful Anuar Hashim @AJ #family #bukapuasa