fbpx

Ustaz Tarmizi tercengang dengar Mimi Fly baca surah al-Jaathiyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alunan bacaan ayat al-Quran daripada Mimi Fly membuatkan ramai tercengang.

PETALING JAYA – Penyanyi Mimi Fly dipuji ramai netizen apabila dia mengalunkan ayat suci al-Quran dalam program Geng Ngaji musim keenam.

Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norisham, 39, tampil manis berhijab membaca potongan ayat daripada surah al-Jaathiyah ayat 20 hingga 21.

Bacaan Mimi membuatkan panel-panel dalam program tersebut tercengang dan memuji kehebatan bacaan pelantun lagu Serumpun itu.

“Masya-Allah, tak sangka saya. Inilah yang saya suka bila ada sahabat kita daripada kalangan penyanyi bila dia mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran, tercengang kita yang mendengarnya,” kata Ustaz Tarmizi.

Video bacaan tersebut dikongsikan dalam Instagram dan mendapat perhatian netizen yang rata-rata memuji Mimi.

“Masya-Allah, ini ‘vibes’ yang bagus. Mimi bukan sahaja dapat menyanyi dengan baik tetapi juga hebat mengaji al-Quran. Kelebihan yang indah Allah SWT kurniakan. Allahuakbar,” komen netizen.

Malah, ada netizen yang menangis mendengar alunan bacaan daripada Mimi.

“Saya tidak tahu kenapa. Tetapi saya menangis. Subhanallah. Tabarakallah,” komen netizen.

Mimi sebelum ini pernah dikecam netizen kerana berpenampilan ala berkemban dalam video muzik lagu rayanya yang berjudul Serumpun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI