fbpx

Usaha sama Ventrix Borneo, Infrakop teroka industri angkasa lepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zarina (tiga dari kanan) pada majlis pemeteraian perjanjian antara Ventrix Borneo dengan Infrakop di Shah Alam baru-baru ini.

SHAH ALAM- Ventrix Borneo Sdn Bhd (Ventrix Borneo) optimis untuk memacu pembangunan industri angkasa lepas Sarawak melalui kerjasama dengan Pengurusan Infrakop Sdn Bhd (Infrakop).

Inisiatif ini disokong oleh pelaburan asing dan pakar industri yang sekali gus membantu menjadikan Sarawak sebagai pemain utama dalam ekonomi angkasa global.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Eksekutif Ventrix Borneo, Zarina Ismail, usaha sama ini dijangka menarik pelaburan asing dalam industri angkasa lepas dengan nilai pelaburan mencecah RM1 bilion bagi membiayai infrastruktur, teknologi dan tenaga kerja.

“Perjanjian persefahaman ini merangkumi kerjasama dalam pendidikan, kepakaran, mewujudkan peluang pekerja dan menawarkan teknologi yang terbaik dalam industri ini.

“Usaha ini turut dijangka membawa manfaat dan impak yang besar kepada Sarawak dengan memperkenalkan peluang dalam sektor angkasa lepas di samping mengukuhkan asas pengetahuan dan kemahiran dalam perkembangan industri ini yang semakin pesat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Pembangunan Industri Ruang Angkasa Sarawak, di sini baru-baru ini.

Zarina menerangkan, melalui usaha sama ini, ia dijangka membuka lebih 1,000 peluang pekerjaan dalam sektor angkasa dan memberi peluang pendidikan untuk belia di negeri tersebut. -KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI