PETALING JAYA – Adik Muhammad Syamil Rizqi, 3, yang sebelum ini terkenal dengan klip video merajuk apabila ditegur bapanya kerana ingin mengikut ke kedai kembali lagi apabila video melawat pusara ‘papanya’ kini tular.
Muhammad Syamil Rizqi yang kehilangan bapanya akibat masalah buah pinggang tahap 5 sebelum ini pernah terkenal dengan aksi merajuknya selepas dimarahi arwah bapanya itu kembali dengan suasana pilu.
Rakaman yang dilakukan ketika keluarga adik Muhammad Syamil Rizqi melawat pusara arwah bapanya mengundang sebak orang ramai apabila melihat sendiri kerinduan daripada anak kecil itu.
“Sayang papa, selamat hari raya papa,” jelas adik Muhammad Syamil Rizqi sambil mengucup batu nisan arwah bapanya.
Orang ramai yang menyaksikan klip tersebut ternyata terkesan dan mengharapkan agar keluarga tersebut diberi kehidupan bahagia selepas pemergian ketua keluarga mereka beberapa tahun lalu.
“Acik akan ingat video awak kena marah dengan papa awak, awak merajuk, comel je. Sedih pula tengok adik kali ni. Acik harap adik dan keluarga sihat selalu ya,” kata Shamsida Hasan.
“Pilu yang amat, saya pun sudah tiada ayah. Semoga adik dan mak semuanya kuat ditambah pula dekat-dekat raya ni,” ujar Farahanan Marzuki. – KOSMO! ONLINE.
@muhammadsyamilrizqi8582 last2 tergolek rindu papa muahhhh
♬ original sound – muhammad syamil rizqi – muhammad syamil rizqi