fbpx

Terima kasih Ramanan, Gobind – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Replika Masjid Madani pada Majlis Pecah Tanah Pembangunan Masjid Madani, di Jalan Munshi Abdullah, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada semua pihak termasuk rakan-rakan bukan Islam dalam Kabinet yang turut sama membantunya dalam menyelesaikan isu berkaitan kuil di Jalan Masjid India.

Perdana Menteri itu berkata, mereka antaranya ialah Timbalan Menteri Pembangunan Koperasi dan Keusahawanan, Datuk Seri R. Ramanan dan Menteri Digital, Gobind Singh Deo yang turun padang bagi memperjelaskan isu berkenaan.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan beberapa rakan saya yang bukan Islam, Gobind, Ramanan yang bantu datang untuk menjelaskan isu ini.

“Kalau tidak semua orang jadi ‘hero’ kaum mereka sendiri, rosak negara ini, nak jadi pemimpin Malaysia tapi bercakap bagi pihak dan mempertahankan sentimen benci kaum, tak kira hukum tak kira benar atau palsu,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Pembangunan Masjid Madani hari ini.

Sebelumnya, isu berhubung tapak Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman berkenaan akhirnya selesai apabila pihak pengurusan kuil berkenaan bersetuju untuk rumah ibadat berkenaan dipindahkan ke lokasi baharu, kira-kira 50 meter dari lokasi asal.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa sebelum ini berkata kerajaan telah mengenal pasti tapak baharu berkeluasan 4,000 kaki persegi, yang terletak kira-kira 50 meter dari lokasi asal bagi tujuan penempatan semula kuil berkenaan.

Anwar berkata, sebelum membuat keputusan berkenaan, beliau juga telah meminta pendapat laporan pelbagai pihak seperti DBKL dan pejabat agama sebelum memutuskan penyelesaian muktamad dengan mengambil kira pelbagai faktor. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI