fbpx

Tengku Zafrul perlu atasi legasi Norza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TENGKU ZAFRUL

SEKIRANYA Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dipilih sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi penggal 2025/2029, beliau perlu mengatasi legasi yang ditinggalkan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.

Bekas legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek berkata, Tan Sri Norza selaku bekas presiden yang memegang badan induk badminton sejak 2017/2024 itu sudah meletakkan penanda aras agak tinggi.

Katanya, barisan pemain negara meraih banyak pencapaian membanggakan sepanjang dua penggal Tan Sri Norza menerajui BAM.

“Sepanjang di BAM, beliau (Norza) dapat meningkatkan sukan badminton apabila barisan pemain negara memenangi pingat di Olimpik. Beliau memainkan peranan penting untuk tingkatkan prestasi barisan pemain.

“Sepanjang tempoh di BAM juga, kita dapat lihat barisan pemain negara menjadi juara dunia. Ini semua membuktikan bahawa sepanjang pembabitannya, banyak peningkatan dipamerkan barisan pemain negara.

“Jadi yang terbaru (calon presiden baharu) seboleh-bolehnya memang kena lebih baik daripada Tan Sri Norza,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Yakeb kepada bekas atlet semalam.

Sebagai rekod, di bawah kepimpinan Norza, Malaysia berjaya menyaksikan dua jaguh perseorangan lelaki negara menjuarai All England iaitu Datuk Lee Chong Wei (2017) dan Lee Zii Jia (2021).

Selepas itu, skuad badminton negara berjaya melahirkan juara dunia menerusi Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada 2022 dan turut menyaksikan dua pingat berjaya dituai sewaktu Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Paris 2024.

Beregu muda negara, Aaron Tai-Kang Khai Xing turut cemerlang apabila muncul juara remaja dunia tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI