fbpx

‘Tak dapat lupa, pertama kali makan hati, paru unta di Madinah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izzue dan isteri juga berkesempatan menikmati tarawih dan bersahur di Madinah walaupun hanya sehari.

SHAH ALAM – “Tak dapat dilupakan. Saya dan isteri makan hati serta paru unta.”

Demikian ungkap selebriti popular, Izzue Islam berkongsi pengalaman berpuasa di Madinah awal Ramadan lalu.

Izzue atau nama lengkapnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 35, juga berkesempatan menikmati tarawih dan bersahur di sana walaupun hanya sehari.

“Momen istimewa bagi saya untuk tahun ini adalah merasai pengalaman berpuasa di Madinah walaupun hanya sehari kerana itu impian saya.

“Alhamdulillah di Madinah puasa jatuh pada 1 Mac dan saya berangkat balik ke Malaysia pada esoknya.

“Jadi walau sehari sahaja tetapi dapat juga merasai tarawih, sahur dan berbuka di sana,” katanya kepada Kosmo! Online semasa majlis berbuka puasa Izzue Islam bersama media, semalam.

Selain dapat merasai pengalaman berbeza, pelakon drama Rindu Kasih itu berpeluang makan hati dan paru unta buat pertama kali di Tanah Suci.

“Itu kali pertama saya makan dan suasana berpuasa di sana sangat berbeza kerana semua orang berkejar-kejar cari pahala di bulan Ramadan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Izzue baru sahaja melancarkan single raya yang berduet bersama penyanyi Firdaus Rahmat berjudul OSHR!. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI