fbpx

‘Sebutan okey, not bad’ – Fatiya bertelekung putih alun surah Saba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bacaan surah Saba Fatiya dalam sebuah program televisyen mendapat pujian.

PETALING JAYA – Menyertai program mengaji di sebuah stesen televisyen, pelakon Fatiya Latiff meraih pujian apabila bacaan al-Qurannya disifatkan sebagai hampir sempurna.

Fatiya atau nama sebenarnya, Nur Fathia Abdul Latiff, 38, berkata keputusan untuk menyertai rancangan tersebut sebagai mengambil keberkatan 10 malam terakhir Ramadan.

“Saya rasa bulan Ramadan ini lebih baik kalau ikuti program sebegini sebab dapat lebih menenangkan hati.

“Lebih berkat kalau buat program sebegini lagi-lagi dah 10 malam terakhir Ramadan,” katanya menerusi media sosial.

Menerusi program Geng Ngaji itu, Fatiya yang bertelekung putih membacakan surah Saba melalui panggilan video.

Susulan bacaan pelakon drama Dia Isteri Luar Biasa itu yang baik, dia mendapat pujian panel hos rancangan tersebut.

“Sebutan Fatiya okey, not bad. Hanya ada sedikit-sedikit sahaja kekurangannya,” ulas pengendali program.

Pada sesi perkongsian selepas itu, Fatiya turut menzahirkan perasaan sayu kerana bulan penuh berkat itu bakal melabuhkan tirai.

“Sebenarnya akhir Ramadan ini, saya rasa sebak dan sayu sebab bulan mulia dah nak habis tanpa kita sedari.

“Tapi saya mengharapkan kita dapat jumpa bulan Ramadan pada tahun hadapan dan sama-sama ambil iktibar daripada pengajian-pengajian yang pernah kita ikut.

Terdahulu, nama aktres sensasi tersebut kerap terpalit kontroversi namun seiring peralihan masa Fatiya dilihat berubah ke arah menjadi Muslimah lebih baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI