fbpx

‘Scammer’ pinjam wang guna nama Yang di-Pertua Dewan Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari

PETALING JAYA – Sindiket penipuan sentiasa mengubah taktik untuk memperdaya orang ramai termasuk menyamar sebagai Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat dalam kenyataannya berkata, ‘scammer’ itu menghantar mesej kepada ramai individu mendakwa sebagai Johari dan memohon untuk meminjam wang daripada orang ramai.

“Ingin ditegaskan bahawa ini satu penipuan dan Tan Sri Johari sama sekali tidak terlibat dalam sebarang permintaan sedemikian.

“Kepada sesiapa yang membuat pemindahan wang ke nombor akaun yang diberikan penipu tersebut, anda diminta segera membuat laporan polis,” katanya hari ini.

Menurut kenyataan itu, orang ramai juga boleh menghantar salinan laporan polis dan resit transaksi kepada Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

“Kami menggesa orang ramai untuk waspada dan tidak mudah terperdaya dengan mesej yang mencurigakan.

“Sekiranya anda menerima mesej seumpama ini, sila abaikan dan lapor kepada pihak berkuasa dengan segera,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI