PETALING JAYA – Beberapa lebuh raya utama dilaporkan mula mengalami kesesakan teruk pada malam ini.
Menerusi tinjauan di media sosial, orang ramai mula berkongsi keadaan jalan raya yang sesak dan bergerak perlahan terutama di Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan Lebuh Raya Utara Selatan.
Di laman X @info Trafik Besraya memaklumkan, trafik perlahan ketika ini selepas Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Serdang sehingga kilometer (Km) 4.2 Utara menghala ke Plaza Tol Mines Utara dan ke Sungai Besi.
Turut dilaporkan sesak ialah di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).
Sementara itu, @LPTTrafik melalui satu hantaran memaklumkan trafik dilaporkan perlahan ke arah Timur iaitu di km 1.4 dari Km 39.5 hingga Km 40.9 (Genting Sempah ke Bukit Tinggi) berikutan pertambahan kenderaan. – KOSMO! ONLINE