fbpx

Pensyarah hadapi 12 pertuduhan ‘aniaya’ dua pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Syahir (tengah) menghadapi 12 pendakwaan mencabul, melalukan seks dua tabii dan menggunakan objek seks terhadap dupa pelajar dan memiliki objek seks di Mahkamah Sesyen dan Majistret Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang pensyarah sebuah institut kemahiran di daerah ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lapan pertuduhan melakukan seks dengan menggunakan objek dan persetubuhan luar tabii terhadap dua pelajar perempuannya pada tahun lalu.

Tertuduh, Ahmad Syahir Sharifudeen, 38, turut menghadapi empat pertuduhan mencabul dua mangsa sama dan memiliki bahan lucah di Mahkamah Majistret di sini.

Dia membuat pengakuan tidak bersalah setelah kesemua pertuduhan tersebut dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd. dan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin.

Berdasarkan lima pertuduhan awal, tertuduh didakwa melakukan hubungan seks serta menggunakan alatan seks terhadap kedua-dua mangsa berusia 19 tahun.

Ahmad Syahir juga berdepan tiga pertuduhan lain melakukan persetubuhan bertentangan dengan tabii tanpa kerelaan terhadap salah seorang mangsa.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan tertuduh di dalam sebuah kereta di tempat letak kenderaan sebuah pusat membeli-belah di Kemasik di sini dan berhampiran sebuah hotel di Kijal di sini antara 17 November hingga 1 Disember, 2024.

Ahmad Syahir turut menghadapi tiga pertuduhan melakukan kekerasan jenayah dengan niat dan maksud mencabul kehormatan kedua-duanya mangsa sama, pada masa dan lokasi sama.

Dia turut didakwa memiliki bahan lucah iaitu dua jenis alat mainan seks menyerupai kemaluan lelaki di dalam keretanya di Institut Kemahiran Belia Negara, Kemasik pada pukul 12.15 malam, 13 Mac lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI