fbpx

Pengkid didakwa ‘sentuh’ kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR FARISHA dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan mencabul kekasihnya, sejak pertengahan lalu.-Foto BAZLAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU – Seorang wanita yang berperwatakan lelaki mengaku bersalah atas dua tuduhan melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan yang juga teman wanitanya di Felda Sungai Sibol, Kulai, tahun lalu.

Tertuduh, Nur Farisha Syahaniey Muhamad Shukur, 20, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Thalha Bachok@Embok Mok.

Nur Farisha didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa berusia 14 tahun di Felda Sungai Sibol pada pertengahan tahun lalu dan bulan lalu.

Pihak pendakwaan mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 bagi setiap pertuduhan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jumlah jaminan yang rendah iaitu RM2,000 hingga RM5,000 atas alasan tidak mampu membayar jaminan tinggi.

“Saya perlu menjaga adik-adik semuanya masih bersekolah. Keluarga saya ada masalah, jadi saya kena bantu. Saya hanya berkerja sebagai operator kilang dengan gaji pokok RM1,500,” katanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM11,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan serta syarat tambahan yang dicadangkan pihak pendakwaan. Sebutan semula kes ditetapkan pada 28 April ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI