fbpx

Penduduk P. Pinang alami gangguan air hingga 60 jam selepas Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerja-kerja projek SP-RCP di Sungai Perai kini berjalan mengikut jadual.

GEORGE TOWN – Kira-kira 341,708 pengguna di lima daerah di Pulau Pinang dijangka mengalami gangguan bekalan air berjadual (SWSI) bermula 25 April hingga 28 April depan berikutan pelaksanaan 23 projek kerja air secara serentak di negeri itu.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, SWSI itu dijangka berlaku antara tempoh 24 hingga 60 jam dan para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air yang mencukupi sepanjang tempoh tersebut.

”SWSI itu akan melibatkan pengoperasian henti tugas separa Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua, dan gangguan air dijadual berlaku maksimum selama 60 jam iaitu dari 25 April hingga 28 April.

”Bagaimanapun, demi kepentingan pengguna, PBAPP merancang mencapai pemulihan bekalan air sebanyak 88 peratus untuk 300,185 daripada 341,708 akaun pengguna terjejas dalam tempoh 48 jam,” katanya di sini hari ini.

Menurut Kon Yeow, dengan pemberitahuan notis awal ini, diharapkan orang ramai memberi kerjasama penuh dan menyimpan air mencukupi untuk kegunaan bergantung lokasi kediaman masing-masing,

Kon Yeow berkata, matlamat utama SWSI adalah untuk menyiapkan sambungan akhir saluran paip yang merentasi Sungai Perai di Kampung Teluk dan Ampang Jajar dan menggantikan paip sementara yang dipasang selepas kejadian paip pecah pada Disember 2023 dan Januari 2024.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Datuk K. Pathmananthan berkata, pengguna di kawasan berdekatan LRA Sungai Dua dan saluran paip utama akan mengalami SWSI lebih pendek berbanding kawasan yang jauh dengan operasi pelaksanaan kerja-kerja air itu dijangka melibatkan kira-kira 800 petugas. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI