fbpx

Pelajar sekolah dapat dua lencana Jalur Gemilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak dua unit lencana Jalur Gemilang akan dibekalkan secara percuma bagi semua pelajar sesi persekolahan 2025/2026.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan media berkata, pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam pelajar berkuat kuasa 21 April 2025 secara berperingkat.

Menurut KPM, inisiatif itu membabitkan semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru Malaysia.

“Ia dilaksanakan bertujuan menyemai semangat patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan pelajar dan warga pendidik,” kata kenyataan itu hari ini.

Kata KPM, Garis Panduan Pemakaian Lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam pelajar di Institusi Pendidikan bawah KPM yang disertakan bersama-sama Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/2025 sebagai panduan berhubung tatacara pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam pelajar.

Ujar KPM, inisiatif itu bertepatan dengan fungsi institusi pendidikan untuk menyemai rasa cinta akan negara dan menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI