fbpx

Pakai topi nak tutup rambut gugur, rupanya makin botak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkongsian PHM di Facebook hari ini.

PETALING JAYA – Ramai individu yang sudah memasuki usia 30-an sering dihantui dengan masalah keguguran dan rambut semakin menipis menyebabkan mereka membuat pilihan memakai topi bagi menutup ‘kekurangan’ tersebut.

Public Health Malaysia (PHM) memberitahu, individu terlibat dilihat sering memakai topi kemana sahaja termasuk ke tempat kerja, kenduri, lepak di kedai mamak dan sebagainya.

“Berhenti sekejap. Ini mungkin bukan solusi jangka panjang. Topi memang boleh sorokkan (rambut) yang makin jarang.

“Tetapi kalau terlalu kerap, terlalu lama dan tak bersih ia mungkin mempercepatkan apa (kepala botak) yang anda cuba sembunyikan,” kata PHM dalam satu perkongsian di Facebook.

Menurut PHM, kekerapan memakai topi boleh menyebabkan kulit kepala tidak sempat ‘bernafas’, haba dan peluh mudah terperangkap selain berlaku geseran sehingga melemahkan rambut halus.

“Bakteria juga boleh berkumpul dan sebabkan kegatalan atau kelemumur,” jelas PHM.

Tambah PHM, individu yang mengalami masalah rambut gugur hendaklah segera mendapatkan rawatan.

“Bila rambut dah mula gugur, ia perlukan rawatan bukan perlindungan untuk menutupnya. Jadi, biarlah kepala tu rasa angin sikit.

“Rawat akar, jaga kulit kepala, dan mulakan rutin penjagaan yang betul. Topi boleh pakai, tapi jangan sampai jadi tempat bergantung. Sebab kalau dibiarkan, satu hari nanti, tiada apa pun tinggal untuk ditutup,” kata PHM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI