fbpx

NACSA, MKN perlu kerjasama rapat bersama MAHB – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

PETALING JAYA – Terkait insiden keselamatan siber membabitkan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Perdana Menteri mengarahkan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk bekerjasama rapat dengan MAHB sejak insiden ini dilaporkan beberapa hari lalu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengingatkan semua pihak supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih dan hanya merujuk kepada sumber rasmi bagi mendapatkan perkembangan terkini.

“Insiden ini menunjukkan keupayaan tempatan untuk mengendali insiden keselamatan siber harus sentiasa pada tahap terbaik.

“Kerjasama pasukan kerajaan dan industri harus seiring agar keupayaan menjaga infrastruktur kritikal negara dari sebarang ancaman pada tahap tinggi.

“Keupayaan kapasiti dan kompetensi pakar tempatan harus terus diperkukuh agar kebergantungan kepada pihak asing dalam mengurus sistem kritikal negara diminimumkan,” ujar beliau dalam Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri.

Taklimat tersebut disampaikan Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, bagi pihak Perdana Menteri.

Tambah beliau, kesiapsiagaan pakar tempatan dalam berhadapan sebarang insiden keselamatan siber akan terus menjadi keutamaan Kerajaan Madani.

Katanya, ini merupakan jaminan agar keyakinan rakyat serta pelabur terhadap negara sentiasa pada tahap yang tinggi.

Dalam pada itu, Perdana Menteri akan meneruskan tradisi Majlis Sambutan Aidilfitri Madani pada tahun ini dengan meraikan hari Lebaran bersama-sama rakyat di lapan buah negeri.

Bermula dengan Melaka yang juga diangkat sebagai penganjuran Peringkat Kebangsaan pada 5 April (Sabtu); Selangor 6 April (Ahad); Pahang 11 April (Jumaat); Kelantan dan Pulau Pinang 12 April (Sabtu); Sarawak 19 April (Sabtu); Perak 25 April (Jumaat) dan Perlis 27 April (Ahad). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI